RSS

Mencari wanita yang sholehah

17 Nov

wanita-jilbabBaru-baru ini ana ditawarkan lagi oleh beberapa orang muslimat, seperti biasa ana cuma akan mampu menolak secara baik….

sangat susah mencari jodoh zaman ini, sangat susah mencari pasangan idaman hati dan lebih derita hidup seorang diri….seorang ustaz tetap seorang manusia, punyai hasrat untuk berteman dan beristeri seperti orang lain.

Ana mendapat tahu ramai sudah sahabat dan rakan seumur yang sudah berhasil mempunyai 2-3 orang anak apatah lagi yang berumahtangga. Adapun Kita ini masih bujang di luar negara, masih solo kata orang muda…ada yang kata ana terlalu memilih, mungkin mereka benar….ada yang kata ana ini tidak setia pada yang satu, mungkin mereka benar…..ada yang kata ana ini begini dan begitu….

sebenarnya apabila sahabat ana bertanya ana, akan ciri-ciri wanita pilihan ana dan muslimat yang ana cari sekian lama maka jawab ana ialah berikut :

1) ana mencari seorang muslimat yang solehah-

ciri-cirinya :
a) Tidak musafir seorang diri tanpa mahram (kaum keluarganya) –
“Tidak halal bagi seorang wanita yang beriman kepada Allah dan hari akhirat melakukan safar (bepergian) selama satu hari satu malam yang tidak disertai mahramnya.” (HR. Bukhari, Muslim, Abu Dawud, At Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ahmad)

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:وَقَرْنَ فِي بُيُوتِكُنَّ وَلاَ تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الجَاهِلِيَّةِ الأُولَى “Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang jahiliyah.” (Q.S. Al-Ahzab: 33)

maknanya ana inginkan seorang muslimat yang solehah yang tidak keluar dari rumah ke pekan atau bandar atau ke mana-mana tanpa mahramnya dan tanpa keperluan.

(jadi wujudkan muslimat spt ini ??? sekarang ???)
b) menjaga amal ibadahnya dan sangat cinta kepada Allah dan rasul
c) menutup aurat dan sangat menjaga kesucian dirinya terutama dari tercemar oleh maksiat dan noda.
(wujudkah muslimat spt ini sekarang ?? ramailah yg pakai tudung tapi bkn menutup aurat sebaliknya hanya terbiasa sbg budaya atau sekadarnya…)
sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلاَ يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إلاَّ مَا ظَهَرَ مِنْهَا “Dan katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluan-nya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya.” (Q.S An-Nur: 31)
d) tidak terdedah kpd fitnah dan hubungan bebas dengan lelaki baik melalui telepon, sms, pertemuan, percakapan dan email dll…
e) muslimat yg sangat minat kpd Islam dan ilmu, minat kepada perjuangan Islam, cinta kepada Ilmu dan pengajian.
f) melaksanakan segala perintah Allah dan meninggalkan apa yg dilarang
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman :“Apa yang dikatakan Rasul kepadamu maka terimalah dia dan apa yang dilarangnya bagimu maka tinggalkanlah.” (Al Hasyr : 7)
g) Mentaati suami dan ibubapa
macam mana sahabat, anta jumpakah ciri-ciri muslimat spt yg ana impikan ini di Malaysia ???? setakat ini ana belum jumpa dan sekian lama ana mencari…
f) muslimat pemalu
Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalam bersabda:((إنَّ لِكُلِّ دِينٍ خُلُقًا ، وَإنَّ خُلُقَ الإسْلاَمِ الحَيَاءُ))“Sesungguhnya setiap agama itu memiliki akhlak dan akhlak Islam itu adalah rasa malu.”
2) Muslimat yang cerdik dan bijaksana
ciri-cirinya :
a) tahu memainkan peranan yg sepatutnya menurut keadaan dan tempat
b) sentiasa tahu menjaga diri
c) tidak mudah terpedaya oleh godaan fesyen, televisyen, filem, adat dan persekitaran
3) Muslimat yg cantik dan pembersih
ciri-cirinya :
a) berpakaian kemas dan bersih
b) menyukai keindahan dan kesucian
c) sentiasa dlm wudhuk dan berzikir kpd Allah
d) fikirannya bersih dr perkara kotor dan keji
e) tdk pernah melihat kemungkaran dan keji, tdk dengar nasyid dan lagu, tdk bercakap buruk dan cakap yg tdk baik.
4) Muslimat yg penyayang
ciri-cirinya :
a) sayangkan ibu dan ayahnya
b) sayangkan binatang dan haiwan dan tdk menyeksa mereka
c) tdk boros dan penjimat
d) seorg yg dermawan dan tdk kedekut
5) muslimat yg sanggup berkorban
a) sanggup hidup susah dan miskin
b) SANGGUP MATI KRN PERJUANGKAN AGAMA aLLAH
c) tdk pentingkan diri sendiri
d) tdk mudah menangis dan banyak senyum pada suami
Wallahua;lam….
setakat ini, ciri-ciri inilah yg ana cari……
ana tak kisah bentuk badan, slim atau tidak, putih atau malap, tinggi atau rendah, kaya atau miskin, cantik atau hodoh….
tapi ciri-ciri yg ana sebutkan itu yg ana cari dan sehingga skrg belum ana jumpai…rasanya mungkin tak akan jumpa kot ..jadi janganlah tanya dan tawar ana lagi melainkan sahabat jumpa ciri-ciri di atas…
ana pun berusaha menjaga diri, menjadi yg terbaik, sebaik hamba kepada Allah dan bertaubat di atas dosa-dosa lalu….
selamat tinggal kenangan silamku…….bab kata anak muda 🙂 ana mula hidup baru menjadi sebaik hamba kpd Allah, sealim ulamak kepada ummah dan sebagus anak kepada bonda ana…
suami ? itu mungkin lambat lagi kot atau mungkin sudah terlambat ?? insyaAllah dalam masa terdekat Allah akan bukakan hati seorang muslimat yg solehah untuk mencintai ana dan mempermudahkan jalan untuk ana menjadi suami yg soleh.
andai kita mencintai Allah maka seluruh bumi dan langgit akan mencintai kita….lalu setakat sebuah hati dari seorang hamba yg bergelar wanita…insyaAllah akan dipermudahkan Allah.
hmm, syukran sahabat atas keperihatinan anta..ana just ukirkan di sini bagi anta baca dan faham…doakan ana bertemu ketenangan hakiki dari Allah atas pertunjuk sunnah selamanya kita berada.
asalamualaikum (dari blog ustaz)

“kalau lah cowo-cewe barat ini memiliki akhlat dan bergaya layak nya muslim sejati walah pasti perfect sekali ya, body2 yang aduhai dan mempesona di balut ke imanan yang tinggi, tapi memang tidak ada yang sempurna di dunia ini, alhamdulilah”

Iklan
 
2 Komentar

Ditulis oleh pada November 17, 2008 in Islam, Refleksi Jiwa

 

2 responses to “Mencari wanita yang sholehah

  1. Muhammad Rachmat

    November 17, 2008 at 4:50 pm

    jagan pilih pilih OM. susah lagi. kalau saya mah cari yang cantik dan solehah dan mau sama mau.

    tidak mungkin 4 keriteria itu ada pada satu wanita. kecuali kalau kita menikahi 4 wanita.
    istri ke 1. cantik
    Istri ke 2. Beragama/sholeh
    Istri ke 3. Berharta
    Istri ke 4. dari Keturunan yang baik

    jadi pas batasan poligami itu 4

    kalau saya ingin istri yang Two in one (2 in 1) aja
    atau minimal saya menikahi 2 wanita kira kirannya

     
  2. Muhammad Rachmat

    November 17, 2008 at 4:51 pm

    tambahan pake cadar lagi

     

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout /  Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout /  Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout /  Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout /  Ubah )

w

Connecting to %s

 
%d blogger menyukai ini: